Sampai Ke Tulang – Bagaimana Meratah Cerpen adalah sebuah zine membedah karya cerpen.
Seringkali cerpen menyimpan lebih banyak pemikiran dari sebuah novel tebal. Kerana sifatnya yang pendek, banyak perkara dipadatkan menjadi simbol-simbol. Zine ini akan mengajar anda bagaimana mahu membaca simbol-simbol itu dengan memberikan contoh.
Di dalamnya ada temuramah dengan ramai pengarang terkenal terakhir. Secara total, mereka semua pernah memenangi hadiah sastera berpuluh-puluh jumlahnya. Mereka adalah Zainal Rashid Ahmad, Siti Jasmina Ibrahim, Hafizah Iszahanid, Saifullizan Tahir, Saharil Hasrin Sanin, dan Sinaganaga.
Bagaimanakah memahami cerpen yang susah nak faham? Bagaimanakah menulis cerpen yang sedap? Apakah alegori, metafora, foreshadowing, apa itu tembok keempat, siapakah Anton Checkov dan apa yang dia kata? Termasuk pengalaman gimik marketing buku cerpen Indie oleh Sinaganaga. Banyak ilmu dapat ditimba dari zine yang unik dan cantik ini.