Ini adalah pakej sepasang buku koleksi cerpen Saharil yang diterbitkan oleh Dubook Press.
CERPEN-CERPEN UNDERGROUND (CCU) terbit pada tahun 2016 dan CERPEN-CERPEN PATAH HATI (CCPH) terbit pada tahun 2017. Total cerpen dan certot (cerpen kontot) di dalam koleksi ini adalah 60 buah, berserta 60 buah ilustrasi.
Ini adalah mukasurat kandungan buku CCCU:
Ini pula adalah mukasurat kandungan buku CCPH:
Cerpen-cerpen yang dimasukkan di dalam buku CCU berkisar tentang hidup sosial, merekodkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan mutakhir. Di Goodreads, Dr Ramzah Dambul menulis review buku ini sebegini: “Buku yang yang baik ialah buku yang mampu menganjak takuk pemikiran, dan menumbuhkan perspektif-perspektif baru yang segar. Kerana hanya kekayaan spiritual begitu yang sebenar-benarnya akan relevan sepanjang zaman, di seluruh arena. Saya temui kepuasan jiwa yang demikian dalam buku ini.” Link: https://www.goodreads.com/review/show/1625544422
Cerpen-Cerpen yang dimasukkan ke dalam CCPH pula adalah berkisar tentang perhubungan manusia, bukan semata-mata tentang patah hati tetapi melihat heartbreak dari sudut jenaka dan gaya bahasa dan penceritaan yang sama seperti CCU. Kerana itulah kedua-dua buku ini, CCU & CCPH dianggap sepasang. Di Goodreads, Dr Hani Salwah menulis review buku ini sebgini: “Menjentik dengan rasa emosi patah hati tapi di hujung buat kita ketawa tak berkesudahan.” Link: https://www.goodreads.com/review/show/1998082263
Buku-buku ini dijual berasingan pada harga RM25 satu. Boleh dibeli sepasang pada harga RM40, jimat RM10. Kedua-duanya dijual siap bertandatangan penulis.
Sebahagian daripada ilustrasi dalam buku-buku ini: