Skip to content
Kedai Saharil
1
  • My Account
  • Shop
  • Cart
  • Checkout & Pay
  • Home
  •  / 
  • Pakej
  •  / 
  • Boxset Puisi Saku: Gibran, Rumi, Hafez, Kabir + 4 Free Prints
View cart “Zine Sampai ke Tulang – Bagaimana Meratah Cerpen” has been added to your cart.

Boxset Puisi Saku: Gibran, Rumi, Hafez, Kabir + 4 Free Prints

RM28.00

Koleksi 4 Puisi Saku, buku-buku bersaiz poket, di dalamnya ada sejumlah 40 buah puisi terjemahan dari penyair mistik/sufi iaitu Gibran, Rumi, Hafez, dan Kabir (10 puisi setiap satu); diterjemahkan dan diilustrasikan oleh Saharil Hasrin Sanin, dalam satu kotak yang turut diisi 4 print bonus.

In stock

SKU: PPS-0117 Categories: Box Set, Pakej, Zine Tags: ilustrasi, puisi, zine
  • Description
  • Additional information

Nota: Produk ini habis stok waktu ini, kami berharap akan ada cetakan baharu selepas Covid-19 .

Website/blog Saharil Conteng telah menterjemah dan mengilustrasikan puisi-puisi faveret dan terpilih sejak lebih dari sedekad lepas, akhir-akhir ini diupload pula ke Facebook page Saharil Conteng.

Ada ilustrasi puisi yang menjadi viral dan sering diedar, dicetak, dan dibikin wallpaper komputer dan telefon, seperti puisi Rumi yang ini:

Koleksi 4 Puisi Saku ini mengandungi puisi-puisi terpiih dari penyair mistik/sufi yang ulung iaitu Gibran, Rumi, Hafez, dan Kabir (10 puisi setiap satu) diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Saharil.

Selain puisi, koleksi ini mengandungi 20 mukasurat ilustrasi yang berwarna-warni, dicetak di atas kertas off-grey 120gsm dan kertas surih (tracing paper).

Penggunaan kertas surih tu membolehkan ilustrasi dipamerkan secara unik. Contohnya, di bawah adalah ilustrasi untuk puisi Rumi “Hatiku Terlalu Kerdil” yang dikemaskini:

Ini pula ilustrasi untuk puisi Khalil Gibran bertajuk “The New Pleasure”, diterjemahkan menjadi “Satu Kenikmatan Baharu”:

 

Berikut adalah senarai kesemua 40 puisi dari keempat-empat penyair dalam koleksi ini, dari atas ke bawah. 1) Rumi 2) Gibran 3) Kabir 4) Hafez:

 

Bersama boxset ini, 4 buah print disertakan sekali, boleh dibingkaikan, atau dijadikan penanda buku, atau dipos sebagai poskad.  Setiap print adalah ilustrasi dari puisi Rumi, Hafez, Kabir, dan Gibran. Ini gambar prints yang kami dah bingkaikan. Cantik kan!? (p/s Frame tak termasuk dalam box set)

Biodata penyair:

Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi (1207-1273) ialah seorang penyair sufi mistik yang dilahirkan di tanah hujung empayar Parsi bernama Balkh (sekarang Afghanistan). Bersama keluarganya, beliau melarikan diri dari serangan tentera Mongol dan berpindah ke Samarkand, selepas itu Anatolia dan kemudiannya Konya. Banyak daripada karya beliau ditulis di Konya dalam bahasa Parsi, tetapi telah memberi impak mempengaruhi ramai karyawan yang menulis dalam bahasa lain. Beliau adalah antara penyair paling dihormati di dunia, dilabel ‘most popular poet’ di Amerika.

Hafez (1325-1389) ialah seorang penyair sufi Parsi yang berasal dari Shiraz, Iran. Karya-karya beliau kebanyakannya berkisar tentang agama, cinta, serta satira sosial terutamanya bersifat mengkritik kepura-puraan di kalangan pemerintah dan agamawan. Kepengarangan beliau telah mempengaruhi ramai pemikir besar dunia seperti Thoreau, Goethe, Ralph Waldo Emerson, Arthur Conan Doyle, dan Karl Marx. Sehingga kini, beliau ialah penyair yang paling terkemuka di Iran, majoriti rakyat negara itu telah menghafal puisi-puisinya.

Khalil Gibran (1883-1931) lahir di Bsharri, Lubnan, tetapi berpindah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat ketika berusia 10 tahun. Sebagai seniman, beliau lebih gemar melabel dirinya seorang pelukis. Terpengaruh dengan gerakan modernisme di Eropah, banyak daripada karya-karya teksnya dalam bentuk puisi, cerpen, dan prosa, telah ditulis dalam Bahasa Arab yang mudah dan tidak konvensional, langsung menobatkan beliau antara karyawan utama yang mencetuskan gerakan romantisme yang bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan sastera Bahasa Arab.

Kabir (1440-1518) ialah seorang penyair mistik dan agamawan yang terkenal berasal dari India, namanya adalah bahasa Arab yang bermaksud ‘Agung’. Karya-karya beliau menggunakan bahasa slanga dan pasar Hindi, penuh dengan motif-motif alam dan perlambangan, serta subjek-subjek keagamaan yang diambil dari budaya Hindu dan Islam. Beliau adalah antara penggiat Gerakan Bhakti pada kurun ke-15, satu gerakan kerohanian yang menggunakan syair dan sastera sebagai medium untuk mengembalikan populariti agama dan falsafah teologi.

 

Additional information

Weight 0.25 kg

Related products

Keladi Volume IV

RM18.00 Add to cart

Apa Pendapat Syaitan Tentang Kita

RM7.00 Add to cart

Keladi Volume III

RM18.00 Add to cart

Cart

Selamat Datang!

Sepanjang tempoh PKP, kami menawarkan Free Shipping ke seluruh Malaysia bagi pembelian RM50 ke atas.

Manakala bagi pembelian di bawah RM50, caj shipping dikurangkan menjadi flat rate RM6 (RM12 untuk Sabah/Sarawak). Terima kasih atas sokongan semua!

Copyright © Kedai Saharil 2021 (2549438-T) | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress