logo
1
  • Home
  • Members Area
  • Shop
  • Cart
  • Checkout & Pay
  • Home
  •  / 
  • Buku
  •  / 
  • Lagi Cerpen-Cerpen Underground
View cart “Kentang” has been added to your cart.

Lagi Cerpen-Cerpen Underground

RM40.00

Antara buku historic paling awal dan paling penting yang telah mencetuskan fenomena penerbitan Indie. Lemak berkrim, serta beracun, menjadi kegemaran ramai para penulis dan pembunuh bersiri.

In stock

SKU: BSR-0102 Category: Buku Tags: buku, cerpen, underground
  • Description
  • Additional information

Buku Lagi Cerpen-Cerpen Underground oleh Saharil dan Faisal Tehrani mengandungi 16 buah cerpen yang ditulis di dalam tanah. Kami gali kubur dan tulis cerpen dalam tu.

Daripada 16 buah cerpen itu, 7 buah cerpen adalah tulisan Faisal dan 9 buah cerpen karya Saharil. Saharil punya lebih sikit sebab dia ada banyak certot, cerpen kontot, iaitu cerpen-cerpen yang telah disunatkan supaya tidak merebak penyakit.

Ini mukasurat kandungan:

IMG_20160613_235834

Setelah menerbitkan buku Cerpen-Cerpen Underground bersama Azman Husin, pada tahun 2000, Faisal muncul semula dalam keadaan berlumpur pada tahun 2002 bersama Saharil dalam buku Lagi Cerpen-Cerpen Underground. “Masa aku tulis dengan Azman, tak de la comot kepam macam ni,” kata Faisal kepada Saharil.

Ketika buku ini diterbitkan, dunia perbukuan Malaysia gempar. Sebelumnya, penerbitan mandiri (baca: Indie) hampir tidak masuk akal. Ramai menerbitkan buku dengan syarikat-syarikat besar saja.

Setelah buku ini terbit, Saharil dan Faisal dijemput membentangkan makalah di Perhimpunan Penulis Muda di Kuching, menceritakan apa bendanya Underground itu, dan fenomena self-publishing, dan kenapa kami berdua selekeh berlumur tanah. Langsung tak de cakap pasal Dostoevsky ok. Harap maklum.

Akhbar pun eksaited tentang Underground ni time tu (Mingguan Malaysia, 27 Julai 2003):

13007301_10153853404126773_482898299319560882_n

Setelah lebih sedekad, kini, buku ini telah menjadi collector’s item dan buku kegemaran ramai penulis. Seperti Cleopatra, buku inilah antara yang telah melancarkan beratus-ratus kapal Indie yang lain.

Menurut Ridhwan Saidi: “Satu buku penting.. Buku ini boleh dikonsider proto-indie, sebab ia merupakan titik tolak Faisal dan Saharil dengan usaha cetak sendiri .. Buku ini dah berusia 14 tahun dan masih segar dibaca sekarang.” Link: http://binfilem.blogspot.my/2016/05/senarai-buku-indie-malaysia-pra-2008.html

Fadli Al-Akiti (sekarang editor Dewan Sastera) menulis pada tahun 2007: “Pertama kali saya membaca Anak Bumi Tercinta saya sedar, inilah cerpen BM terbaik pernah saya baca (untuk sayalah), malah sampai sekarang, cerpen itu sajalah yang akan saya ingat sampai bila-bila.” Link: http://ulasbuku.blogspot.my/2007/08/lagi-cerpen-cerpen-underground-2002.html

Kalau kau tak ada buku ni kat rumah, show off kat orang lain, nescaya kau adalah dalam golongan orang yang rugi.

 

 

Salin Itu, Ini Juga Menarik

Additional information

Weight .25 kg
Dimensions 20.0 x 13.2 x 0.8 cm

Related products

Cerpen-Cerpen Patah Hati

RM25.00 Add to cart

Kombo 3 Buku Cerpen Terbaik Tahun 2014/2015/2016

RM50.00 Add to cart
Sale!

Kentang

RM35.00 RM25.00 Add to cart

Cart

Selamat Datang!

IG @kedaisaharil

View on Instagram

(c) Kedai Saharil 2549238-T.