Buku Lagi Cerpen-Cerpen Underground oleh Saharil dan Faisal Tehrani mengandungi 16 buah cerpen yang ditulis di dalam tanah.
Daripada 16 buah cerpen itu, 7 buah cerpen adalah tulisan Faisal dan 9 buah cerpen karya Saharil.
Ini mukasurat kandungan:
Setelah menerbitkan buku Cerpen-Cerpen Underground bersama Azman Husin, pada tahun 2000, Faisal muncul semula dalam keadaan berlumpur pada tahun 2002 bersama Saharil dalam buku Lagi Cerpen-Cerpen Underground.
Ketika buku ini diterbitkan, dunia perbukuan Malaysia gempar. Sebelumnya, penerbitan mandiri (baca: Indie) hampir tidak masuk akal. Ramai menerbitkan buku dengan syarikat-syarikat besar saja.
Menurut Ridhwan Saidi: “Satu buku penting.. Buku ini boleh dikonsider proto-indie, sebab ia merupakan titik tolak Faisal dan Saharil dengan usaha cetak sendiri .. Buku ini dah berusia 14 tahun dan masih segar dibaca sekarang.” Link: http://binfilem.blogspot.my/2016/05/senarai-buku-indie-malaysia-pra-2008.html
Fadli Al-Akiti (sekarang editor Dewan Sastera) menulis pada tahun 2007: “Pertama kali saya membaca Anak Bumi Tercinta saya sedar, inilah cerpen BM terbaik pernah saya baca (untuk sayalah), malah sampai sekarang, cerpen itu sajalah yang akan saya ingat sampai bila-bila.” Link: http://ulasbuku.blogspot.my/2007/08/lagi-cerpen-cerpen-underground-2002.html