Kentang adalah sebuah buku yang penuh dengan lukisan/doodle pelbagai kisah: sedih, gembira, sinikal, misteri, horror, romantik, absurd, comel, taboo, kudus, semua ada.
Buku ini mengumpulkan 172 lukisan terpilih yang sebelum ini telah diterbitkan dalam blog Saharil Conteng sepanjang 5 tahun. Pada waktu awalnya Saharil Conteng adalah blog yang popular dan pernah dilabel Blogger Terhebat oleh Gengjurnal dan mendapat pendedahan oleh akhbar Kosmo!.
Terdapat dua versi buku Kentang, versi pertama diterbitkan pada tahun 2011 dalam bentuk hitam putih. Versi kedua, yang terbit pada tahun 2016 ini, adalah penuh warna-warni. Gambar-gambar di bawah adalah beza edisi hitam putih yang lama, dah edisi warna-warni ini.
Kulat Rosli pun nampak lebih meriah bila diwarnakan. Itu barulah dinamakan jangkitan!
Terkini, buku Kentang ini termasuk dalam senarai 10 buku kena baca dalam senarai “A hipster’s choice” diterbitkan oleh suratkhabar The Sun. Terima kasih Wan Nor Azriq!