Zine Keladi dirancang hanya akan mempunyai 5 volume. Ini penultimate volume, terbitan yang kedua sebelum penghabisan. Setiap volume hanya dibuat 250 naskhah, selepas habis tidak akan dibuat lagi. Selepas Volume 5, penerbitan Keladi akan dihentikan.
Selepas kejayaan Keladi Volume 1 berwarna jingga, Volume 2 berwarna hijau, Volume 3 berwarna aqua, kini terbit pula Keladi Volume 4 berwarna salmon, iaitu merah keorenan. Keempat-empat volume Keladi dijahit dengan benang berwarna, setiap satu dengan corak unik yang berbeza.
Seperti volume-volume yang lain, Keladi Volume 4 ini turut mengandungi 50 buah ilustrasi, termasuk yang terkini viral, iaitu Certot/Cerpenis.
Berikut adalah beberapa mukasurat awal Keladi Volume 4:
Itu baru 8 mukasurat, ada 50 mukasurat ilustrasi semuanya di dalam setiap volume. Sementara stok masih ada, kumpulkan keempat-empatnya! 🙂