Setelah kejayaan Volume I dan Volume II, kami terbitkan pula Volume III yang tampil bergaya dengan warna biru kehijauan.
Seperti adik-beradiknya, Keladi Volume ke-3 ini mengandungi 50 lagi lukisan Saharil Conteng, sebilangannya telah menjadi tular sehingga diedarkan oleh page-page Facebook, akaun-akaun Instagram, dan handle-handle Twitter.
Contohnya, ilustrasi Pecah Ovari yang diterbitkan di Facebook Page Saharil Conteng pada 23 Ogos 2017 ketika Sukan SEA yang telah mendapat share dan reach melebih 1 juta orang sehingga kini. Gambar di bawah menunjukkan ilustrasi Pecah Ovari tersebut diterbitkan dalam mukasurat 12 & 13, Keladi Volume 3:
Seperti adik beradiknya juga, Volume 3 ini adalah dijilidkan dengan tangan menggunakan teknik Japanese Stab Binding, dan dicetak di atas kertas berwarna aqua 120gsm. Kami hanya buat 250 naskhah sahaja. Selepas habis, tidak akan dibuat lagi. Gambar di bawah menunjukkan ketiga-tiga jahitan binding yang dibuat penuh teliti dari Volume 1 hingga 3.
Berikut adalah mukasurat 8 & 9 dari Keladi Volume III: