Keladi adalah Zine pertama terbitan Kedai Saharil. Ini adalah volume nombor 1. Buatan tangan dengan teknik stab binding, dan dicetak di atas kertas jingga 120gsm, hanya dibuat 250 naskhah sahaja. Selepas habis, tidak akan dibuat lagi.
Mengandungi 50 mukasurat penuh dengan lukisan: 15 daripada lukisan tersebut adalah lukisan-lukisan yang dibuat untuk #Inktober lepas, 25 dari arkib Saharil Conteng, dan 10 lukisan baharu yang dibuat khas untuk koleksi ini.
Antara lukisan2 terkenal dari arkib Saharil Conteng yang dimasukkan dalam zine ini adalah “Teknik Merombak Kabinet Jika Dapur Anda Terlalu Banyak Mangkuk” dan “Carta Tajuk Novel”, dilukis semula supaya sesuai dimuatkan di dalam sebuah zine.
Dilukis semula, ini adalah mukasurat “Carta Tajuk Novel” ini:
Ini pula beberapa mukasurat lain dari Zine Keladi Volume 1 ni:
Keladi Volume 1 sudah dihentikan jualan.