Ini adalah set 5 buah buku unik terbitan Studio Anai-Anai yang dipanggil set C3RITA. Setiap buku ditulis oleh seorang pengarang dan mengandungi 3 buah cerpen.
Pengarang yang dipilih adalah Zainal Rashid Ahmad, Siti Jasmina Ibrahim, Hafizah Iszahanid, Saifullizan Yahaya dan Saharil Hasrin Sanin.
Setiap pengarang mempunyai identiti mereka sendiri, menulis kisah dari sudut-sudut segar yang pelbagai.
Buku ini mula terbit dan dijual ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur2019, dan serta-merta menjadi perhatian kerana kulit bukunya yang bersambung-sambung membentuk gambar seekor ikan.
Tiga (daripada 5) orang penulis ketika sesi temu dan tegur dan menandatangani buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.
Dengan pembelian anda bersama kami di Kedai Saharil, anda akan dapat percuma zine Sampai Ke Tulang – Bagaimana Meratah Cerpen.
Zine tersebut membedah kesemua 15 cerpen yang terkandung di dalam 5 buku ini, menemuramah kelima-lima orang penulis serta penerbitnya. Beberapa elemen tentang pengkaryaan serta sudut marketing penerbit dibongkar dalam zine ini. Anda tidak akan dapat zine yang unik dan penuh dengan maklumat berharga ini di mana-mana.