Selepas Zine Apa Pendapat Rasulullah Tentang Kita (cover merah) dan Apa Pendapat Syaitan Tentang Kita (cover hitam), kini lengkaplah trilogi zine sunah nabi kami dengan edisi yang terakhir, Apa Pendapat Malaikat Tentang Kita. Kali ini mempunyai cover suci berwarna putih.
Banyak sungguh kisah-kisah Rasulullah bersama Malaikat dan nasihat-nasihat di sebaliknya, diceritakan dalam sunah-sunah baginda. Tetapi untuk koleksi ini, kami memilih 12 yang masih relevan untuk digunapakai dalam dunia kontemporari sekarang.
Zine ini mengandungi 12 buah hadis sahih, diberi kupasan serba ringkas dan diilustrasikan. Lengkapkan koleksi anda sekarang!