logo
0
  • Home
  • Members Area
  • Shop
  • Checkout & Pay
  • Home
  •  / 
  • Art
  •  / 
  • Poster Dilarang Ke Hulu Ke Hilir – Saiz A3, Kertas Art Card 260gsm

Poster Dilarang Ke Hulu Ke Hilir – Saiz A3, Kertas Art Card 260gsm

RM20.00

Poster edisi cetakan terhad, dicetak pada tahun 2018 sebanyak 100 keping sahaja, sempena ulang tahun ke-10 ilustrasi ‘Dilarang Ke Hulu Ke Hilir’.

SKU: ABS-0118 Category: Art Tags: poster, saharilconteng
  • Description
  • Additional information

Pada 14 Januari 2008, satu ilustrasi telah diterbitkan di blog Saharil Conteng. Ilustrasi itu bertajuk ‘Dilarang Ke Hulu Ke Hilir’:

Ilustrasi itu kemudiannya menjadi lebih famous daripada blog tersebut kerana diedarkan, dicopy-paste, diedit, dan dishare ke seluruh negara.

Tahun 2018 ini adalah anniversary ke-10 tahun ilustrasi itu diterbitkan. Maka, untuk meraikannya, kami cetak 100 keping ilustrasi ini dalam bentuk poster bersaiz A3 di atas kertas tebal art-card 260gsm berkualiti.

Setiap keping poster dinomborkan dan siap bertandatangan secara ekslusif dan dibalut dalam kertas hitam dengan sticker Kedai Saharil serta dibungkus dalam tiub silinder seperti dalam gambar.

 

http://www.kedaisaharil.com/wp-content/uploads/2018/01/VID_20180117_151927_9655.mp4

 

Encik Saharil minta kami jual poster edisi 10th Anniversary ini dengan murah, walaupun ianya ekslusif dan dicetak hanya 100 keping, maka kami hanya menjualnya pada harga RM20.

Encik Saharil juga minta kami share file grafik resolusi sederhana bagi mereka yang tidak mahu membeli, agar dapat print sendiri, free of charge, maka kami share di bawah ini.

Boleh download dari link: http://www.kedaisaharil.com/wp-content/uploads/2018/01/Poster-Dilarang-2018-free.jpg

dan print lah dengan percuma! Enjoy!

 

Related

Additional information

Weight 0.3 kg

Cart

Ketupat kata Hello!

Untuk makluman, semua buku yang kami jual siap bertandatangan!

Instagram

  • Review terkini buku Cerpen-Cerpen Patah Hati 😍😍 Terima kasih.. #Repost @frankestita (@get_repost)
・・・
Cerpen - Cerpen Patah Hati oleh @saharilhasrinsanin
.

Saya kira ini karya yang berat. Karya beliau yang paling lama untuk saya habiskan. Cerpen-Cerpen Patah Hati ini memberat bercerita tentang cinta, tapi kisah cinta yang tak jadi, sifat-sifat egois, serta dendam-dendam yang merencat cinta. Saya tak mampu habiskan atau membaca lebih dari 5 kisah sehari, sebab nanti saya depressed kerana terlalu sedih atau overwhelmed(😂😭💔😭😔💔). Saharil adalah penulis yang bijak, beliau bawa pelbagai trivia dan fakta-fakta menarik, beliau adun karya sastera seperti mengadun warna untuk sebuah lukisan. Kita kadang-kadang tak faham kenapa langit dalam lukisan Saharil akan berwarna hijau (sedangkan langit seharusnya biru/jingga). Ada karya yang saya tak faham, tapi indah, maka saya biarkan keindahan yang penuh persoalan itu difahami cuma Saharil (atau pembaca bijak yang lain). Saya nikmati kesedapan ayat dan kosakata beliau sendiri sebab kadang-kadang ada benda tak perlu kita faham (macam wanita yang complicated tetapi berkarisma dan anggun dalam liganya sendiri). Saya sudahi dengan karya paling saya gemari, Cinta Dibawah Teduh Gharqad. Kisah pohon gharqad yang diceritakan oleh Rasullulah saw yang akan melindungi kaum Yahudi semasa perang dengan Muslimin. Dan bagaimana sepasang suami isteri memerangi penanaman rahsia pohon ini dibawah Masjidil Aqsa oleh zionis. Menarik dan tak masuk akal. Tapi itulah Saharil. Power!
#titaread
  • Terima kasih kembali @b_b_8o 😍 #kedaisaharil
  • Poster paling falik di Malaysia. hahaha 😂 Terima kasih @hafily 😁 Enjoy the poster! #kedaisaharil
  • Terima kasih @rareestudio 😍#Repost @rareestudio (@get_repost)
・・・
Yes.. Admin dah dapat copy poster sign viral ni kat website kedai saharil.. Kalau anda nak juga bole print sendiri secara percuma.. Terbaiklah... .
.
Kalau anda nak yg ori eksklusif dari @kedaisaharil bole juga.. Ada tandatangan abam @saharilhasrinsanin lagi tu dan hanya dibuat 100 copy sahaja tau cepat cepat Pm kedai saharil... #happy10thanniversary
  • Beberapa media yang dijumpai mengedarkan ilustrasi Dilarang Ke Hulu Ke Hilir  selama sedekad 😁 selamat menyambut ulang tahun ke-10 🎉🎉
  • Poster ulang tahun ke-10 Dilarang Ke Hulu Ke Hilir sudah kami release! 
Ada option untuk print secara percuma atau beli yg telah siap bercetak atas kertas art-card 260gsm berkualiti. Dicetak hanya 100 keping, setiap poster ada nombor siri dan tandatangan dan dibungkus dalam kertas hitam dan tiub eksklusif! 
Untuk download file untuk print percuma atau mahu beli online sila PM kami atau lawati kedaisaharil.com/shop 😊 (link kat profile)
  • Poster ulang tahun ke-10 Dilarang Ke Hulu Ke Hilir sudah kami release! 
Ada option untuk print secara percuma atau beli yg telah siap bercetak atas kertas art-card 260gsm berkualiti. Dicetak hanya 100 keping, setiap poster ada nombor siri dan tandatangan dan dibungkus dalam kertas hitam dan tiub eksklusif! 
Untuk download file untuk print percuma atau mahu beli online sila PM kami atau lawati kedaisaharil.com/shop 😊 (link kat profile)
  • Hari ini, 14 Januari 2018, adalah ulang tahun ke-10 ilustrasi Saharil Conteng yang paling femes ini. Karya yang paling banyak tersebar, dikopi-pes, dan dicetak semula sejak diterbitkan 14 Januari 2008. Maka untuk celebrate kami cetak 100 keping poster saiz A3 bertandatangan & tertulis 10 Year Anniversary. Boleh didapati dari @kedaisaharil mulai minggu depan. Siapa nak?
  • Kami baru lepas menghadiri majlis memperkenalkan RaRe Estudio sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada @rareestudio dan Dr. @remdambul. Semoga berkembang dengan jayanya! @kedaisaharil mengharapkan bersama kita sentiasa saling sokong menyokong. #rareestudio #kedaisaharil

Follow Us!

Copyright Kedai Saharil 2017 - (2549238-T)